Kelas Asas ICT MS Word

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai Kelas Asas ICT yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Pusat Internet Sibujaya. Kelas berlansung daripada jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00 petang.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pelajaran asas mengenali komputer dan MS Word. Pelajar diajar cara asas menggunakan MS Word dan diberi peluang untuk membuat latihan untuk menambah kemahiran menaip dan penggunaan perisian MS Word.

Perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Advokasi turut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai bahayanya penggunaan internet yang tidak betul. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang mmerlukan kemahiran menggunakan perisian MS Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali